Seorang pemandu lori dan kelindan maut apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah treler dalam kemalangan di kilometer 8.6 jambatan Pulau Pinang, dari arah Perai menghala ke Pulau, awal pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Fazrol Maarof, 39 tahun yang merupakan pemandu lori, dan kelindan, Muhammad Amirrudin Azizan, 19 tahun.